Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan bahawa Harimau Malaya akan menentang Russia dalam aksi persahabatan pada Oktober depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan badan induk itu tidak membuat sebarang urusan mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan ranking ke-33 dunia itu.
Beliau berkata, setakat ini Harimau Malaya hanya akan menghadapi Pestabola Merdeka 2024 pada September ini selain beberapa aksi persahabatan sedang diatur untuk Oktober dan November.
Setakat ini kita memang tiada mengatur perlawanan dengan pasukan Russia. Sekarang kita ada Pestabola Merdeka pada September.
"Oktober kita pergi away (aksi persahabatan di tempat lawan), itu pun dalam Asia juga dan setakat ini belum putuskan lagi siapa lawan Harimau Malaya. Pada November mungkin kita jemput Laos, Yaman atau Syria (untuk aksi persahabatan)," katanya kepada BH Sukan.
Sebelum ini, tersebar di media sosial mengenai dakwaan bahawa Harimau Malaya akan menentang Russia pada aksi persahabatan Oktober depan.
Post a Comment