FERNANDO FORESTIERI SERTAI SESI LATIHAN BERSAMA WATFORD FC

Penyerang Skuad Johor Darul Takzim (JDT), Fernando Forestieri kini kelihatan sedang menjalani sesi latihan bersama kelab lamanya, Watford FC.

Menerusi komen di laman media sosial rasmi Watford FC, Fernando Forestieri dikhabarkan sedang menjalani latihan bersama skuad Watford bawah 21 tahun bagi mengekalkan kecergasan.
Forestieri juga bukanlah satu nama yang asing buat penyokong Watford, apabila beliau pernah bersama kelab tersebut selama 3 musim bermula musim 2012/2013 sehingga musim 2014/2015 sebelum berhijrah menyertai Sheffield Wednesday pada musim berikutnya.

Kali terakhir Forestieri bermain bersama JDT adalah sekitar  Mei ketika aksi minggu ketiga saingan Liga Super Malaysia musim 24/25 dan dalam perlawanan itu, Forestieri sempat menjaringkan 2 gol ketika JDT menudukkan KL City di Cheras dengan keputusan 1-5

Post a Comment

Previous Post Next Post