PERTAHANAN CARDIFF CITY ANTARA 2 PEMAIN NATURALISASI BAHARU SKUAD KEBANGSAAN SINGAPURA

Jendela perpindahanan antarabangsa FIFA September akan datang bakal menyaksikan kemasukan dua tambahan baharu kepada skuad Kebangsaan Singapura. Perry Ng dari Cardiff City dan Kyoga Nakamura dari BG Tampines Rovers telah dijemput untuk menyertai skuad kendalian Tsutomu Ogura bagi menyesuaikan diri dengan corak latihan skuad Kebangsaan Singapura..

Perry NG - Pertahanan Cardiff City

Perry layak bermain untuk The Lions melalui pertalian darah datuk sebelah bapanya, yang dilahirkan di Singapura. Jika berjaya, dia akan menjadi atlet warisan pertama yang mendapat kerakyatan Singapura dan mencatat rekod dalam pasukan kebangsaan.

Kyoga Nakamura - Pemain Tengah BG Tampines Rovers

Mula menjejakkan kaki ke Singapura pada 2019, Nakamura adalah sebahagian daripada pasukan muda Albirex Niigata yang bermain di Liga Singapura serta menampilkan  persembahan yang sangat cemerlang.

Beliau juga pernah dicalonkan untuk “Goal of the Year” serta anugerah Pemain Muda Terbaik SPL.

Post a Comment

Previous Post Next Post