TOMISLAV STEINBRUCKNER SAH TINGGALKAN SKUAD TERENGGANU FC

Gergasi Pantai Timur, Terengganu FC (TFC) yang mengalami kemerosotan prestasi kehilangan pengemudi selepas ketua jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Steinbruckner yang berasal dari Croatia memutuskan demikian selepas mengadakan perbincangan bersama kepimpinan TFC.

Menerusi kenyataan media rasmi kelab itu pada hari ini, penamatan kontrak jurulatih berusia 58 tahun itu adalah atas persetujuan bersama dengan majikannya.

Selain itu, turut meninggalkan TFC ialah penolong jurulatih, Ivica Vranjes dan jurulatih kecergasan, Hrvoje Bradasic turut meninggalkan kelab bersama Steinbruckner.

Terdahulu peminat setia skuad Peteh itu mendesak pihak pengurusan TFC merehatkan atau menamatkan kontrak Steinbruckner selepas prestasi pasukan merudum dengan 5 perlawanan tanpa kemenangan termasuk tewas 0-1 kepada Selangor FC pada aksi Liga Super, Sabtu lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post