Pemain tengah pasukan Terengganu FC, Nurillo Tukhtasinov pada hari ini telah menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama kelab ini sehingga Disember 2025.
Pemain kelahiran Uzbekistan ini mengakui sebelum ini menerima beberapa tawaran dari kelab lain namun beliau memutuskan untuk terus setia bersama kelab ini untuk baki musim ini dan musim berikutnya.
Sejak kehadiran Tukhtasinov ke bumi Terengganu pada Julai 2023, beliau dilihat menjadi ayam tambatan pasukan itu di bahagian tengah.
Setakat ini beliau telah berjaya menjaringkan lima gol dan satu bantuan gol yang dicatatkan dalam 42 perlawanan bersama skuad Peteh.
Post a Comment