TAK DAPAT BERI FOKUS DAN MASALAH PERIBADI PUNCA MARIN PILJ TINGGALKAN TFC


Pemain Tengah Terengganu FC, Marin Pilj dan kelab ini telah pun mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak musim ini. 

Hal ini kerana, pemain ini telah pun menghantar surat permohonan untuk penamatan kontrak secara bersama kerana beliau tidak dapat memberikan fokus atas alasan masaalah peribadi kerana beliau tidak dapat menyesuaikan diri berada di sini. Ini kerana ianya kali pertama beliau keluar dari Eropah dan berkelana di Asia dan ianya sesuatu yang sangat sukar baginya. Sebelum ini beliau hadir kerana barisan kejurulatihan senegaranya berjaya meyakinkan beliau untuk bermain di liga ini namun apabila kesemua mereka tidak lagi bersama kelab, beliau menyatakan keadaan mental beliau jadi bertambah teruk. Beliau turut hadir bertemu pihak pengurusan kelab beberapa kali membuat rayuan dan menerangkan keadaannya yang makin tidak stabil dan tidak mampu untuk memberikan komitmen penuh untuk berlatih dan menyertai perlawanan.

Kelab sebelum ini memberikan ruang buat Marin Pilj untuk cuba hadir dan membuat latihan seperti kebiasaan namun jelas pemain ini tidak dapat memberikan komitmen sepertimana yang diharapkan. Pihak pengurusan kelab melihatkan ianya adalah perkara yang serius kerana ia memberikan impak negatif untuk kedua-dua pihak iaitu pemain dan pasukan dan keputusan segera perlu diputuskan. 

Sehubungan dengan itu, Terengganu FC bersetuju untuk melepaskan Marin Pilj dengan penamatan bersama. Sebelum ini seorang lagi pemain, Matthew Steenvorden memutuskan untuk meninggalkan kelab ini untuk bersama dengan sebuah kelab di liga Croatia. Steenvorden yang sedikit bergelut dengan masaalah kecederan dan prestasi dilihat tidak mampu untuk menyesuaikan diri dalam pasukan dan memilih untuk berhijrah kembali ke pasukan lamanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post