IVAN MAMUT TERPAKSA REHAT PANJANG,BAKAL TERLEPAS AKSI PRA MUSIM 24/25

 

Penyerang utama Terengganu FC, Ivan Mamut dijangka akan terlepas persiapan pra-musim pasukan serta beberapa perlawanan awal Liga Malaysia setelah disahkan mengalami kecederaan tendon achilles pada kaki kirinya. 

Terengganu FC memaklumkan bahawa mengalaminya semasa menjalani latihan awal musim bersama pasukan. Menerusi pemeriksaan MRI didapati ada koyakan pada tendon achilles beliau dan hasil pemeriksaan dari pakar ortopedik menjelaskan Ivan memerlukan tempoh pemulihan antara 4-6 minggu. Barisan perubatan kelab menyatakan rawatan PRP akan dilakukan dan rawatan intensif fisioterapi dijalankan bagi mempercepatkan proses penyembuhan pemain ini.

Kini mereka akan berdepan tiga lagi aksi pramusim berdepan Penang, Terengganu II serta Kedah Darul Aman FC dalam Agarbomb Performance Cup.

Dengan tanpa khidmat Mamut, Steinbruckner sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega kerana masih lagi ada seorang penyerang iaitu Ismaheel Akinade.

Akinade yang merupakan rekrut baharu Terengganu musim ini dilihat bakal menjadi sandaran utama kelab itu bagi memimpin barisan serangan untuk tiga aksi pertama tersebut.

Selain Akinade, Terengganu boleh berharap kepada penyerang tempatan iaitu Syahmi Zamri serta Muslihuddin 'Atiq bagi mencari jaringan gol buat skuad Penyu

Post a Comment

Previous Post Next Post