KITA AKAN SELESAIKAN GAJI BATCH BY BATCH - ZAMSAHAM

 

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menganggap bahawa nilai RM1000 amat besar kepada pihak yang lebih memerlukan.

Baru-baru ini, tular satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau tentang tunggakan gaji selama tiga bulan terhadap para pemain TRW Kelantan FC.

Beliau yakin untuk menyelesaikan baki tunggakan gaji tersebut dengan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1000 susulan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Berkenaan tunggakan gaji 3 bulan, tetapi Alhamdulillah hari ini dapatlah saya masukkan sedikit RM1000 sebagai pendahuluan.”

“Ini usaha untuk menyelesaikan tunggakan 3 bulan gaji kerana esok nak raya. Itu sahaja selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” ujarnya dalam satu kenyataan dalam talian.

Beliau hari ini membuat satu lagi kenyataan berbentuk video di Tiktok peribadi beliau berhubung pembayaran tersebut sambil optimis pembayaran dibuat adalah mengikut kemampuan semasa oleh pasukan.

“Berkenaan RM20,000 pembayaran yang saya berikan kepada para pemain Kelantan FC, Alhamdulillah dengan jumlah tersebut kita berikan kepada pengurusan dan pemain semua. Kita berikan RM1000.”

“Awal pagi hari raya lagi saya dah maklumkan kepada pemain, cumanya saya terkejut apabila ada segelintir yang memberikan komen untuk memboikot ramai-ramai dan tidak terima RM1000 yang saya berikan.”

Zamsaham meemberitahu kesempitan kewangan memaksa beliau untuk sekadar memberikan wang pendahuluan dengan jumlah tersebut kepada pemain.

“Maksudnya jom boikot ramai-ramai, tak payah ambil pun duit itu. Saya terkejut, kalau individu tersebut duit banyak mungkin awak tak payahlah ambil (RM1000).”

“Akan tetapi, bagi yang memerlukan, RM1000 pun besar sebenarnya. Macam sayalah, saya dapat dahulukan RM20,000 pun sebenarnya besar bagi saya. Sebab itulah kemampuan yang saya ada untuk memberikan RM20,000 dahulu,” ujar Zamsaham dalam satu kenyataan di Tiktoknya.

“Tapi sayangnya, ada yang nak penuh gaji tiga bulan. Saya faham kalian nak gaji penuh, tetapi saya berikan dahulu RM1000 sebagai pendahuluan, menunjukkan saya ada komitmen dan tidak lari untuk bayar baki gaji.”

Turut tular sebelum ini di Instagram bekas pemain pertahanan kelantan FC ,Khairul Helmi yang menyatakan bahawa hanya segelintir pemain sahaja yang mendapat wang pendahuluan tersebut.

Zamsaham juga berharap agar yang sudah menerima gaji akan dipermudahkan dan akan menyelesaikan tunggakan bayaran gaji para pemain serta pekerja lain secara berperingkat.

Post a Comment

Previous Post Next Post