FIFA BERI KEBENARAN UNTUK KEDAH DAFTAR PEMAIN BAGI MUSIM 24/25


Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC akhirnya mampu menarik nafas lega selepas hasrat mereka untuk menandatangani pemain baharu sudah diluluskan FIFA.

Dalam satu pengumuman di laman Facebook rasmi kelab, mereka menyatakan sudah menerima surat pengesahan daripada badan induk bola sepak dunia itu bahawa sekatan perpindahan dialami sudah ditarik semula.

 “KDA FC telah menerima surat pengesahan dari FIFA semalam, pada 9 April 2024, memaklumkan sekatan perpindahan pemain dikenakan pada 4 Mac 2024 telah ditarik balik.

Pihak pengurusan menegaskan, isu ini berbangkit kerana aspek teknikal yang boleh dielakkan sejak awal dan pihak pengurusan telah menyelesaikan tuntutan bekas pemain pasukan Kedah musim 2020 & 2021.

Selaras dengan persiapan musim ini, pengesahan ini membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi saingan musim 2024/25.”

Sebelum ini, Kedah dikenakan hukuman kerana kegagalan pihak pengurusan untuk menyelesaikan tunggakan gaji bekas penyerang, Tchetche Kipre.

Bagaimanapun, menurut kenyataan KDA FC sebelum ini, masalah itu timbul berikutan isu teknikal dengan pengumuman baharu itu sekali gus membolehkan mereka mendafatarkan pemain baharu.

Setakat jendela perpindahan awal musim ini, skuad Sang Kenari sudah membawa masuk beberapa pemain, seperti Rizal Ghazali dan Syafiq Ahmad.

Mereka turut menyambar khidmat import baharu, termasuk penyerang kelahiran Serbia, Milos Gordic dan bekas kapten skuad Sang Penyu, Habib Haroon serta pemain sayap lincah kebangsaan Haiti , Sony Norde.

Dikhabarkan KDA FC masih berdepan hukuman daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mengenakan denda dan pemotongan mata berikutan isu tunggakan gaji pemain musim lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post