JUNIOR ELDSTAL & MATTHEW DAVIES ALAMI KECEDERAAN,TIDAK SERTAI HARIMAU MALAYA KE OMAN



Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ,Terdapat Hanya baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) serta Dion Cools dari Buriram United telah melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada Jumaat, 15 Mac 2024.

Sementara dua pemain, Matthew Davies dan Junior Eldstal tidak melapor diri selepas JDT menerusi satu surat rasmi memaklumkan bahawa kedua-dua mereka telah mengalami kecederaan semasa perlawanan latihan pada 14 Mac 2024.

Justeru JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab. Laporan kecederaan dilampirkan dalam surat tersebut.

Dengan ketiadaan Matthew dan Junior, skuad Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan.

Daripada 31 pemain tersebut, seramai tujuh pemain telah dilepaskan ke skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido yang akan memulakan kem latihan pusat mereka pada Ahad, 17 Mac 2024 bagi persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, bulan depan.

Sementara hanya seramai 24 pemain yang akan dibawa ke Muscat, Oman pada Ahad, 17 Mac 2024 bagi menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex pada Khamis, 21 Mac 2024, jam 10.00 malam (2.00 pagi Jumaat, waktu Malaysia).

Post a Comment

Previous Post Next Post