NIDZAM JAMIL KINI JURULATIH BAHARU SELANGOR FC

 


Selangor FC akhirnya menjawab segala teka-teki mengenai status ketua jurulatih baharu Selangor FC akhirnya terjawab selepas pihak pengurusan bersetuju untuk ‘menaikkan pangkat’ Nidzam Jamil selaku pengendali bermula musim ini.

Ketua pegawai eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, pengalaman yang dimiliki oleh Nidzam menjadikannya sebagai pilihan utama untuk mengemudi skuad Gergasi Merah.

“Kami telah membuat penilaian secara terperinci dan kolektif, serta melihat keupayaan yang telah ditunjukkan oleh Nidzam semasa beliau berkhidmat sebagai penolong ketua jurulatih untuk musim-musim sebelum ini.

“Nidzam mempunyai pengalaman luas dalam kancah bola sepak Malaysia, memahami budaya dan hala tuju kelab serta amat mengenali para pemain Selangor FC.

“Bagi kami, beliau adalah individu yang tepat untuk mengisi kekosongan ini dan mengetuai cabaran Selangor bagi musim 2024/2025,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Post a Comment

Previous Post Next Post