AMBIL KIRA KOS OPERASI KELAB,TERENGGANU FC JALANI PRA MUSIM DALAM NEGARA SAHAJA

 

Menerusi kemaskini terbaharu kenyataan di laman media sosial rasmi Terengganu FC,Pengarah Sukan Kelab,Zulfadli Rozi telah mengesahkan bahawa Terengganu FC hanya akan menjalani pra musim didalam negara sahaja.

"Sebagai persiapan untuk menghadapi musim baru 2024/2025. Terengganu FC telah merangka beberapa siri perlawanan persahabatan. Dengan mengambil kira kos dan kesediaan pasukan lawan selaras dgn usaha Terengganu FC utk mengurangkan kos operasi kelab, kita telah memutuskan utk mengadakan persiapan bagi perlawanan pra musim melibatkan perlawanan di dalam negara sahaja. 

Sabagai permulaan, pasukan Terengganu FC akan mengadakan 3 siri perlawanan pra musim di Lembah Klang bermula 31 Mac sehingga 4 April 2024. Kelab ini juga akan menganjurkan perlawanan jemputan 4 penjuru yang akan melibatkan pasukan Terengganu FC, Terengganu FC II, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC di Kuala Terengganu bermula 17 April sehingga 21 April 2024.

Seperti yang kita semua sedia maklum, penggunaan sistem VAR akan diperkenalkan pada musim ini oleh penganjur liga. Oleh itu 2 siri perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Terengganu FC untuk menguji sistem VAR ini akan dilangsungkan pada 28 April 2024 dan 3 Mei 2024 ini. 2 perlawanan ini juga dilihat sebagai persiapan terakhir pasukan menjelang saingan Liga Malaysia yang bakal bermula."


Post a Comment

Previous Post Next Post