DION COOLS MENZAHIRKAN SATU PETANDA YANG BAGUS BUAT BOLASEPAK MALAYSIA


Kapten Harimau Malaya, Dion Cools berpendapat kemampuan Harimau Malaya mengikat Korea Selatan memberi petanda bagus untuk bola sepak Malaysia.

“Seperti menaiki roller coaster apa yang anda saksikan tadi. Ianya mengagumkan, kita mendahului 2-1 dan ketinggalan lagi menjadi 3-2 sebelum bangkit semula menyamakan kedudukan.”

“Ini satu perkara yang bagus untuk bola sepak Malaysia walaupun pihak lawan lebih dominan. Pada akhirnya, gol yang dikira dan perlawanan berakhir seri 3-3. Kita berhak mendapat satu mata dan saya gembira untuk semua pemain.” ujar Dion Cools.

“Seperti yang saya katakan, bola sepak tidak akan berakhir sehingga wisel penamat. Ada satu detik di mana kita rasa tidak percaya tapi kita yakin masih ada masa untuk menjaringkan satu lagi gol. Saya amat bangga dengan mereka kerana mereka menunjukkan perwatakan berkualiti, jadi tahniah kepada mereka.”

“Sokongan mengagumkan daripada penyokong Malaysia walaupun kita tidak berjaya layak. Terdapat banyak sokongan untuk kita dan saya harap ini bukan kali terakhir kita berada di Piala Asia. Saya tidak mahu tunggu 40 tahun lagi untuk kita buat kemunculan lagi dalam Piala Asia.” jelasnya lagi kepada wartawan.

Dion Cools mengetuai jentera pertahanan Harimau Malaya bersama-sama Shahrul Saad, Dominic Tan, Daniel Ting dan juga Corbin Ong dalam aksi penuh dramatik berdepan Taeguk Warriors.

Malaysia meraih pencapaian yang membanggakan apabila berjaya mengikat pasukan Korea Selatan yang berada ditangga ke-23 dunia dengan jaringan 3-3 walaupun telah sah tersingkir dari kejohanan Piala Asia 2023.

Romel Morales melenyapkan kemenangan Korea Selatan apabila menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir perlawanan sekali gus memberikan mata tunggal kepada Malaysia dalam kejohanan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post