"KEEP THE HOPE ALIVE" KEDAH SERU KEPADA PEMINAT


 Menjelang musim baru Liga Super yang bermula pada Mei ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menyeru sokongan peminat untuk memperkukuh kedudukan kewangan pasukan itu.

Seruan itu dibuat oleh pemilik majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan itu hari ini.

Menerusi kempen ‘KEEP THE HOPE ALIVE’, kempen ini bukan sekadar mendorong pasukan dan kelab untuk bangkit menjelang musim baru liga.

ADVERTISEMENTS

Malah, kempen ini dilihat seruan kepada penyokong untuk memastikan nama Kedah terus bersaing dalam saingan bola sepak tertinggi negara.

“Kempen dengan slogan ‘KEEP THE HOPE ALIVE’ bertujuan untuk menyeru semua pihak berkepentingan termasuk pihak industri bola sepak, pihak swasta, media dan terutamanya peminat dan penyokong untuk bersama-sama KDA FC dalam menyumbang secara langsung atau tidak langsung.

“Kempen ‘KEEP THE HOPE ALIVE’ meniup semangat kebangkitan bukan hanya dari prestasi kelab dan pasukan, tetapi mengajak semua peminat di luar sana untuk membantu apa sahaja yang termampu dalam memastikan harapan untuk terus bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) dapat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

ADVERTISEMENTS

Atas sebab itu, penyokong boleh membantu Sang Kenari dengan mendapatkan baju T-shirt edisi terhad bertemakan ‘KEEP THE HOPE ALIVE’.

Peminat yang membeli T-shirt berkenaan akan menyaksikan nama mereka dimeterai dalam rekod kekal kelab sebagai antara penyokong tegar Kedah.

Penyokong Kedah yang berminat boleh membuat pra-tempahan menerusi pautan di bawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post