KELANTAN DARUL NAIM TERIMA TAJAAN BAHARU


Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus mendapat suntikan semangat menjelang musim baru Liga Super yang bermula pada Mei ini.

Terbaru, KDN menerima suntikan penajaan jersi dan kit berjumlah RM600,000 daripada PUC Sport untuk musim 2024-2025.

Pengumuman tajaan ini dibuat oleh pasukan itu menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka semalam.

Majlis tandatangan perjanjian dan penyerahan penajaan disempurnakan oleh Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd Shukry Pauzi kepada Presiden KDN, YB Rozi Muhamad.

Majlis pemeteraian perjanjian diadakan di Pejabat Urusan Kelantan Darul Naim FC bertempat di Bangunan Astaka, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Majlis sama turut menyaksikan Mohd Shukry menyerahkan kit latihan KDN untuk dipakai pemain semasa sesi latihan rasmi kepada Penyelaras Peralatan pasukan, Ahmad Dashila.


Post a Comment

Previous Post Next Post