PERNAH BERAKSI BERSAMA FC AARAU,KINI ALEKSANDAR CVETKOVIC KERETA KEBAL BAHARU SKUAD TOK GAJAH

Dalam kemaskini terbaharu media sosial rasmi Sri Pahang FC telah mengumumkan ketibaan Aleksandar Cvetkovic ke Darul Makmur.

Pemain berketinggian 1.88m dari Serbia ini menjadi wajah baru barisan pertahanan Sri Pahang.

Cvetkovic telah menandatangani kontrak selama satu musim sekaligus melengkapkan slot import bagi musim 2024.

Bek tengah berusia 28 tahun itu beraksi bersama kelab terbabit untuk dua musim bermula 2022 dengan dia membantu kelabnya menamatkan saingan tahun lalu di tangga keempat.

Selain pernah beraksi buat FC Aarau, pemain berkenaan pernah mewakili beberapa kelab lain, termasuk Grasshoppers di Switzerland dan BSK Borca di Serbia.

Skuad Tok Gajah kini berada dalam landasan terbaik untuk menjadi pencabar Liga Super setelah membawa masuk beberapa pemain baharu.

kelab Pantai Timur berkenaan turut membuktikan keazaman mereka pada jendela perpindahan ini dengan menyambar khidmat pemain dari Ukraine, Mykola Ahapov.

Tidak lama selepas itu, Sri Pahang FC turut dilaporkan menyambut kepulangan penyerang sayap, Manuel Hidalgo yang berhijrah dari Johor Darul Ta'zim (JDT) secara pinjaman.

Post a Comment

Previous Post Next Post