STUART RAMALINGAM MENGANGGAP MFL BUKANLAH SEBUAH POLIS


Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan beberapa isu penting dalam senario bola sepak tempatan.

Beliau berkata, pihak MFL bukanlah pihak polis yang akan mencari dan menyiasat ketika menjawab berkenaan isu gaji tertunggak yang berlegar dalam industri bola sepak tempatan.

”MFL bukannya polis yang mencari isu ini” katanya selepas Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025.

Apabila perkara ini tersebar di media sosial, tugas MFL adalah untuk menyemak bersama pasukan untuk memastikan persetujuan (pemain dan pasukan) itu masih dihormati”, tambahnya lagi.

Beliau juga menggesa para pemain yang terlibat dengan isu tunggakan gaji ini supaya melaporkan di saluran yang disediakan dengan tepat.

Post a Comment

Previous Post Next Post