TERENGGANU BOLOT TEMPAT KE-6 LIGA SUPER 2023


T
erengganu berjaya menewaskan Perak 3-0 dalam aksi terakhir Liga Super 2023.

Terengganu menurunkan Syed Nasrulhaq selaku penjaga gol utama pasukan pada malam ini dan posisi pertahanan kiri pula diberikan kepada pemain muda, Faris Rifqi.

Perak pula tampil dengan kesebelasan terbaik mereka yang dibarisi pemain-pemain penting seperti Wan Zack Haikal, Azalinullah Alias, Luka Milunovic dan Seo Seonung.

Terengganu bermula garang menerusi jaringan Ivan Mamut pada minit ke-6 akibat kesilapan pemain Perak yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti Perak.

Engku Nur Shakir kemudian muncul penjaring gol kedua perlawanan menerusi tandukan pada minit ke-16.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan Terengganu selesa mendahului Perak dengan 2 gol awal perlawanan.

Memasuki babak kedua, Terengganu meneruskan rentak menyerang dan mempunyai beberapa peluang penting namun gagal menerjah jaring.

Hampir 3 kali percubaan daripada pemain Terengganu menggegar palang dan tiang gol Perak.

Perak bergelut untuk menandingi pertahanan kental Terengganu dalam perlawanan ini.

Memasuki minit ke-80, giliran Nor Hakim Hassan pula menjaringkan gol ketiga Terengganu setelah menerima lorongan cantik daripada pemain tengah, Nurillo Tukhtasinov.

Tamat perlawanan , Terengganu selesa menewaskan Perak 3-0 sekali gus menutup saingan Liga Super ditangga ke-6 liga manakala Perak ditangga ke-11 liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post